Friday, May 23, 2014

FAKTA2 PENTING TTG MINYAK WANGI "ORIGINAL REJECT"

Q- Apa itu minyak wangi original reject ?
A- Perfume reject bermaksud perfume yang mengalami kecatatan/defect semasa dikilangkan.

Q- Biasanya apa yang reject ?
A- Secara amnya, original reject dianggap defect dari segi beberapa faktor. Antara penyebabnya dikategorikan sebagai reject:
- Botol calar / pecah
- Tiada cap/penutup pada botol.
- Terdapat bendasing bersama pati.
- Warna/bau sedikit berbeza.
- Hakisan pada tulisan.
- Leaking pada nozzle.
- Berkarat pada part tertentu.



Kesan calar pada botol : Ini adalah perkara biasa bagi perfume original reject. Semasa proses pengumpulan perfume ini, perfume akan bergeser antara satu sama lain. Inilah menyebabkan perfume tersebut mempunyai kesan calar pada botolnya.

Hakisan tulisan dan pudar : Semasa pengumpulan perfume, mustahil tiada tumpah langsung. Perfume mempunyai alkohol. Kesan tumpahan perfume menyebabkan hakisan tulisan dan tulisan tersebut pudar. Walaubagiamanapun semasa dikilangkan dan proses engrave dilakukan, terdapat kesilapan juga menyebabkan hulisan hilang atau pudar.

Tiada penutup (bagi sesetengah penutup) : Semasa proses pengumpulan perfume, ada tudung perfume yang hilang, pecah dan retak.

Nozzle : Setelah di check, masalah yang paling kritikal bagi sesuatu perfume adalah disebabkan pump pada perfume rosak atau tidak boleh spray disebabkan terdapat udara yang terperangkap dalam saluran paip. Bagi membolehkan perfume ini dijual, pump tersebut akan dibaiki atau ditukar kepada pump lain. Hal inilah yang menyebabkan ada sesetangah perfume nozzlenya tidak sama seperti perfume asalnya menyebabkan perfume tersebut di-reject.

Bendasing : Jarang-jarang berlaku. Tetapi biasanya tidak menyebabkan perubahan baunya.

Leaking : Biasanya disebabkan proses clamp tidak dilakukan dengan sempurna. Mungkin akan ada sedikit cecair yang akan mengalir keluar dari nozzle.

Warna & Bau berbeza : Hal ini terjadi disebabkan semasa proses penghantaran di dalam kontena. Perfume reject tiada kotak dan suhu yang tinggi di dalam kontena mungkin menyebabkan perubahan warna perfume dan bau.

Q- Adakah perfume original reject sama dengan perfume Original kaunter?
A- Keaslianya adalah dijamin kecuali defect yang dinyatakan.

Q- Adakah perfume original reject datang bersama kotak packing?
A- Tidak. Ia datang bersama pouch baldu.

Q- Berapa lama tahan original reject?
A- Ketahanan adalah  bergantung kepada banyak faktor. Tetapi secara amnya tahan antara 8 jam keatas.

No comments:

Post a Comment